Perniagaan kedai dobi layan diri

perniagaan-kedai-dobi-layan-diriKini…

ada satu trend perniagaan baru yang popular semakin menjadi- jadi di seluruh negara.

Perniagaan tersebut adalah kedai dobi layan diri.
Dianggarkan modal yang diperlukan untuk setup kedai dobi dalam RM100K hingga RM300K.

Amboi, mahal bukan?

Nak dijadikan contoh dan teladan, kawan saya seorang ni telah menyediakan proposal perniagaan
yang cukup meyakinkan pelabur- pelabur untuk inject sejumlah modal untuk memulakan perniagaan kedai dobi layan diri ni.

Dengan berbekalkan modal daripada 5 orang pelabur yang dok goyang kaki (kita panggil they all ni sleeping partners) kawan saya dengan jayanya menjadikan bisnes tersebut berkembang maju dengan pulangan yang lumayan.

Dah setahun berlalu, pelabur- pelabur ni pula happy sebab setiap bulan bukan sahaja modal mereka dikembalikan, keuntungan semakin bertambah.

So sebagai tips ringkas nak memulakan perniagaan kedai dobi:

Anda mesti…

1. Sediakan modal – Buat pinjaman dengan TEKUN, MARA atau bank atau buat macam kawan saya ni, cari pelabur- pelabur yang yakin dengan kemampuan anda. Sediakan proposal perniagaan kedai dobi yang paling mantap dan meyakinkan!

2. Lokasi kedai- Carilah kedai yang berdekatan dengan kawasan perumahan yang padat. Perhatikan juga kalau ada persaingan di kawasan tersebut. Mungkin anda boleh fikirkan extra servis yang tidak disediakan oleh kedai sedia ada.

3. Memilih mesin dobi– Tidak semestinya ambil yang mahal. Cuma pastikan berkualiti agar tak rugi dengan maintenance cost. Asyik- asyik rosak, bukan sahaja melibatkan kos pembaikan yang tinggi, pelanggan juga akan fed up. Time nak basuh tu lah mesin rosak.

4. Pengubahsuaian kedai dobi– Saya lihat kedai dobi layan diri sekarang ada kusyen yang selesa, ada flat tv bersaiz besar dan sesetengah tu ada wifi pula. Memang canggih. Namun yang paling penting adalah keselesaan pelanggan. Vending machine minuman sejuk/panas pun ada juga…

5. Pengiklanan dan pemasaran– Sediakan signboard kedai yang besar, jelas dan menarik perhatian. Juga pasang lebih banyak banner dan bunting pengiklanan di kawasan perumahan tersebut.

Apa pendapat anda?

Buat lah kajian yang teliti, pasti lebih mudah bagi anda menjayakan kedai dobi layan diri anda sendiri.

Jika anda berminat untuk dapatkan Rancangan Perniagaan & Kertas Kerja Kedai Dobi.. anda boleh dapatkan di sini http://pakejniaga.com

3 Comments

Leave a Reply