Teknik sekejap jer ni..

, , ,

buat-kerja-sepantas-yang-mungkin-perniagaanSikap suka bertangguh ada banyak sebabnya..

Salah satu adalah.. bila kita merasakan bahawa tugasan yang sepatutnya dilakukan tu sangat berat,
memeningkan kepala, sukar dan sangatlah menyusahkan anda..

Sebenarnya.. anda mungkin tersilap tafsir tahap kesukaran tugasan tersebut!

Saya seringkali mengalami hal yang sama..
Malas nak buatlah.. payah lah kerja ni..
Contohnya, seorang mekanik yang telah siap assemble enjin kereta tetapi disebabkan terlupa letak sebiji bolt dalam enjin tersebut, maka dia terpaksa disassemble dan mulakan dari A ke Z.. pasti terlintas di fikiran, hadoii malasnya sepatutnya dah siap tapi terpaksa buat semula dari awal..

So, bagaimana nak set minda untuk lebih memudahkan tugasan anda?

Ungkapkan kata- kata ini..

“Ala sekejap jer tu..” dan teruskan lakukan secepat mungkin..

Contoh penggunaan:

1. Dengan perasaan yang lemas.. Alaa saya perlu send email kepada 10 clients..  “Sekejap jer tu..” dan terus lakukan secepat mungkin..

2. Lecehlah.. nak kena basuh baju lagii.. “Sekejap jer tu..” dan terus lakukan secepat mungkin..

3. Nak daftar syarikat perniagaan sendiri malaslah nak isi borang.. banyak sangat dokumen kena sediakan.. ” Alaa sekejap jer tu” dan terus mulakan dan cuba siapkan dengan kepantasan maximum..

Sebenarnya, dengan teknik “Sekejap jer tu..” dan terus lakukan dengan kepantasan maximum.. ia akan membantu meningkat adrenalin anda.. malah anda lebih enjoy melakukan tugasan tersebut!!!

Bagaimana? apa pendapat anda tentang teknik ini?
Sila komen secepat yang mungkin 🙂

Leave a Reply