Memilih untuk berjaya atau gagal

,

Saya percaya bahawa setiap orang mempunyai keinginan untuk memulakan dan menjayakan perniagaan sendiri. Bagaimanapun, setiap kali kita rancang nak mulakan perniagaan, kita selalu menimbulkan seribu satu alasan dalam fikiran kita bahawa idea tersebut akan berakhir dengan kegagalan.

Bagaimana caranya kita mengatasi perasaan takut gagal dan menggantikan perasaan tersebut dengan keyakinan dan gambaran- gambaran kejayaan?

Saya mengambil satu contoh bagaimana saya berjaya mengatasi kemelut kewangan pada satu ketika dulu. Tidak ada yang lebih teruk bila anda tidak memiliki wang simpanan, bergantung hidup dengan pekerjaan sebagai pekerja bawahan di syarikat swasta dengan gaji yang kecil tetapi pada masa yang sama terpaksa menanggung beban hutang yang terus bertambah setiap bulan.

Dalam keadaan tertekan, saya mengambil masa membaca buku- buku motivasi dan tips kejayaan perniagaan. Pada waktu yang sama, saya juga mengambil masa mendengar audio- audio motivasi di youtube. Salah satu video kegemaran saya adalah video ucapan Jack Ma pada tahun 1994. Ia adalah ucapan pertama Jack Ma ketika mula- mula menubuhkan Ali Baba- dia mengatakan bahawa Ali Baba mempunyai visi menjadi saingan dalam pasaran dunia dan bukan setakat pasaran domestik dalam masa 10 tahun. Dalam 3 tahun berikut sejak penubuhannya, Ali Baba tidak menjana sebarang keuntungan malah mengalami kerugian yang memaksa syarikat membeli produk- produknya sendiri. Bagaimanapun, Jack ma, dengan berbekalkan gambaran- gambaran kejayaan di masa hadapan biarpun keadaan semasa yang gagal dan mampu menghancurkan semangat untuk meneruskan usaha, Jack Ma berjaya mengharungi waktu getir tersebut.

Saya bukanlah peminat Jack Ma tetapi cerita ini memberi inspirasi dalam diri saya untuk melihat peluang- peluang perniagaan dari sudut yang berbeza. Saya melihat gambaran- gambaran kejayaan dengan melihat lebih terperinci bagaimana saya akan berjaya dan bukannya memikirkan bagaimana saya akan gagal. Seterusnya saya mula melihat gambaran bagaimana saya bertindak lebih cepat dalam merealisasikan idea perniagaan tersebut.

Apakah response anda? Jika anda berada dalam situasi yang saya pernah alami, saya berpendapat bahawa inilah waktunya anda berfikir dengan lebih kreatif dan bertindak lebih cepat untuk mengubah kegagalan anda.

by

Leave a Reply