Belajar tabiat orang yang berjaya- Elakkan orang yang banyak toksik

perniagaan-teruk-berfikiran-negatifKebanyakan orang yang berjaya dalam apa- apa kerjaya atau bidang perniagaan bergaul dengan orang yang berjaya.

Tak semestinya orang yang berjaya

tetapi bergaul dengan orang- orang yang berfikiran positif dan bermotivasi tinggi.

Mungkin anda cuma bergaul dengan orang yang kurang berada tetapi bersemangat tinggi
untuk mencapai kejayaan. Sering berbual tentang motivasi dan strategi perniagaan maka
orang- orang inilah yang perlu habiskan masa bergaul.

Bagaimana pula dengan orang yang bertoksik tinggi?
apa maksud toxic people atau secara literally dalam bahasa orang bertoksik?

Mereka adalah sekumpulan orang yang suka bercakap negatif

bergosip tentang orang lain

bila kita utarakan idea perniagaan, semuanya mustahil dan tak boleh.
Orang- orang ni anda boleh kenal dengan cepat.
Bila mereka bercakap sahaja dalam masa satu minit anda dah dengar kata- kata yang bertoksik.

Kesimpulannya..

Elakkan orang semacam ini.
Kerana tanpa sedar anda juga akan menjadi sama seperti mereka.
Anda akan menghabiskan masa berjam- jam berbual tentang kelemahan orang lain
dan anda rasa best jerrr… walhal, akhirnya semua ini menjanjikan kegagalan anda dalam hidup.

Bergaul lah dengan orang- orang yang berfikiran positif dan berdaya maju.
Orang- orang yang tak punya apa- apa tetapi mempunyai motivasi yang tinggi.
Pasti anda selangkah ke hadapan dalam mencapai kejayaan.

Leave a Reply