5 cara untuk berfikir sebagai seorang usahawan

Menjadi seorang ahli perniagaan atau usahawan bukanlah untuk semua orang tetapi tanpa mengira samada anda usahawan atau bukan, dalam karier anda sentiasa wujud “semangat keusahawan” tanpa disedari.

Oleh yang demikian, disini saya ingin kongsikan lima (5) cara bagaimana anda melatih minda anda untuk berfikir seperti ahli korporat atau usahawan yang memiliki perniagaan sendiri.

1. Minat yang dalam

Usahawan yang berjaya biasanya mempunyai minat yang sangat dalam terhadap perniagaan atau projek yang mereka laksanakan. Tanpa mengira siang dan malam mereka mendapat kepuasan dalam usaha dan kerja keras mereka. Ini disebabkan sikap mereka yang menghayati setiap proses dan setiap langkah dalam menguruskan perniagaan tersebut. Jika anda stuck dengan pekerjaan yang anda tak berapa nak minat nak lakukan maka anda berada di dalam bidang yang tidak sesuai. Fikirkan minat anda dan nikmati setiap saat anda melaksanakan tugasan dalam apa jua lapangan pekerjaaan yang anda lakukan.

2. Tidak suka proses yang tidak efisien

Adakah anda lebih suka duduk menunggu menerima arahan sebelum melaksanakan sesuatu tugasan atau anda lebih proaktif dalam bidang anda? Usahawan yang berjaya sangat efisien. Masa adalah emas. Mereka juga sering memikirkan cara yang lebih efektif dalam menyelesaikan pekerjaan mereka. Jika 10 steps diperlukan untuk melaksanakan sesuatu tugasan mereka akan cuba fikir bagaimana nak kurangkan step tersebut ke 5 steps sebagai contoh. Mereka sering fikir bagaimana nak simplify proses.

3. Ambil risiko

Apa yang membezakan usahawan yang berjaya dengan mereka yang kurang berjaya adalah sikap suka mengambil risiko. Biasanya risiko yang lebih tinggi menjanjikan pulangan yang lebih lumayan. Jika risiko tinggi dalam satu- satu projek yang anda ingin ceburi anda perlu fikirkan no 1. dan no.2 di atas. Pastikan anda mempunyai minat yang mendalam dalam projek tersebut dan anda sentiasa memikirkan cara bagaimana anda melaksanakan projek tersebut dengan lebih efisien.

4. Brainstorm atau hasilkan lebih banyak idea dan inovasi

Anda perlu konsisten dalam membuat brainstorm. Tuliskan setiap idea ke atas kertas yang terlintas dalam fikiran anda tanpa perlu terlalu memikirkan logik.Walaupun idea- idea tersebut tak masuk akal mungkin ia akan mencetuskan inspirasi untuk idea yang lebih baik. Brainstorm boleh dilakukan secara perseorangan dan juga dalam kumpulan. Jika dilakukan dalam kumpulan pastikan ahli- ahli dalam group tersebut mengelakkan daripada membantah atau membuat kritikan terhadap idea orang lain ketika dalam proses menjana 1001 satu idea.

5. Jangan hadkan impian anda

Ramai orang terlalu takut untuk meletakkan impian yang besar. Ada banyak sebab kenapa anda tak hiraukan sangat impian anda salah satunya adalah takut kecewa. Anda takut jika impian terlalu besar maka kekecewaan juga pasti lebih besar jika anda gagal. Aim for the star you may end up on the moon. Sebagai contoh, seorang pelajar sekolah yang berusaha mendapatkan A+ dalam peperiksaan belum tentu akan mendapat A+ dalam keputusan sebenar tetapi kemungkinan lebih tinggi mendapat A, A- atau B+. Jika pelajar yang menghadkan matlamat untuk sekadar lulus biasanya berakhir dengan keputusan C, D+ atau F. Oleh itu, jangan takut untuk tetapkan impian yang lebih besar.

 

 

 

 

Leave a Reply