Sistem autoresponder- hantar 30,000 email setiap bulan

Salam…

Selama ini saya menggunakan phplist sebagai platform pemasaran email. Jika anda tahu apa itu phplist dan anda tak menggunakannya sebagai sistem pemasaran email atau sistem autoresponder untuk laman web jualan atau blog anda, maka anda sebenarnya sangat rugi.

Ramai usahawan internet yang menggunakan sistem autoresponder berbayar seperti aweber dan getresponse yang melibatkan kos bayaran setiap bulan yang mahal. Semakin bertambah subscribers anda semakin mahal anda kena bayar.

Kenapa ramai tak gunakan phplist?

Sebabnya simple sahaja.. ia menggunakan smtp server pada hosting anda untuk menghantar email. Had maksima email yang anda boleh hantar setiap hari lebih kurang 50- 100 emails. Bagaimanapun, biasanya hosting provider anda akan block anda kerana memikirkan bahawa anda sebenarnya spamming. Bila anda gunakan hosting server, mereka takut ip address mereka akan diblock oleh email service providers disebabkan spamming. Ini akan merendahkan reputasi hosting provider tersebut.

Oleh itu.. apa yang saya lakukan pada phplist adalah.. saya telah ubahsuai coding dalam phplist config agar saya boleh menggunakan external smtp server. Kos untuk smtp server sangat murah dengan kemampuan menghantar 30,000 emails setiap bulan tanpa perlu takut dan risau masalah spamming.

Saya dah gunakan phplist selama 6 tahun sebagai sistem pemasaran email yang tidak pernah mengecewakan saya.

Kini saya boleh bantu install dan setup phplist untuk anda. Malah anda boleh letakkan subscribe form atau opt in form pada widget blog atau wordpress anda.

Dengan phplist, anda boleh upload sebanyak mana email address dalam database anda. Unlimited subscription.

Saya telah bantu ramai clients dari overseas untuk setup phplist dalam laman web mereka secara freelance. Kini saya nak buka peluang ni untuk rakyat Malaysia pula.

Jika nak lihat sendiri bagaimana phplist ni berfungsi, sila lawati laman web saya Phplist2u.Com – Sistem pemasaran email mampu milik!

Leave a Reply