Berfikir Dan Bertindak Lebih Cepat

Saya telah membuat kajian terhadap kawan- kawan dan saudara- mara yang berjaya dalam perniagaan. Saya dapati bahawa rata- rata mereka tidak mempunyai tahap pendidikan yang tinggi malah ketika zaman sekolah dulu mereka juga tidak mendapat tempat yang baik dalam setiap exam di sekolah.

Tetapi kini kenapa mereka lebih berjaya berbanding dengan orang- orang lebih berpendidikan?

Saya dapati pula bahawa mereka yang berpendidikan tinggi lebih cenderung berfikir banyak dan berfikir dalam- dalam sebelum mereka bertindak.  Biasanya, dalam pola pemikiran ini mereka lebih gemar melihat sisi negatif dan masalah- masalah yang akan timbul. Terlalu memikirkan masalah, mereka tak fikir solutions dan seterusnya menghentikan sebarang idea sebelum melakukan apa- apa.

Berbanding yang kurang pendidikan, mereka bertindak dan bertindak dan terus bertindak tanpa fikir panjang. Nak isi borang permohonan lesen perniagaan pun terkial- kial dan terpaksa membayar orang lain just untuk isi borang namun akhirnya mereka adalah antara usahawan- usahawan yang akhirnya berjaya dalam perniagaan mereka.

So, bagaimana dengan kita?

Mungkin anda perlu berfikir lebih cepat dan bertindak lebih cepat. Do not overthinking sampai apa barang pun tak jadi- jadi.

Sekian perkongsian buat kali ini, semoga bermanfaat.

Leave a Reply