Sempit bila nak fikir kos sara diri yang makin tinggi..berniaga lah

, ,

businessideasSalam,

Ada waktunya hidup ini terlalu berat dirasakan bila serba- serbi memerlukan wang..

Kalau gaji besar takpe juga..

Realitinya..

Dapat gaji pada hari yang sama dah mencongak..tolak sewa rumah, hutang kereta, credit card..
Mana nak beli keperluan anak lagi, bil api, air, handphone dan sebagainya..
Pendek kata, semuanya memerlukan wang yang melebihi gaji bulanan anda..

Kata orang..

Berjimat cermat lah.. tetapi kata- kata tak semudah kenyataan hidup yang sebenar.

Dah berjimat sangat dah.. nak jimat apa lagi..?
Berat bila memikirkan semua ini..

Saya sendiri pernah menghadapi situasi seperti ini..

So.. bagaimana nak menghadapinya? Korbankan sedikit masa untuk mempelajari selok- belok perniagaan..

Timba lah ilmu perniagaan sebanyak yang mungkin..

Modal dan kos perniagaan adalah perkara kedua..

Jika dah ada ilmu, anda akan tahu bidang perniagaan yang tidak memerlukan modal yang besar..
Contohnya, kawan saya memulakan perniagaan menjual pakaian ibu dan anak melalui facebook page..
Kini, beliau memiliki warehouse sendiri dan dua cawangan kedai di Serdang..

Jangan putus asa..
Mari bersama- sama mencari jalan untuk memudahkan kehidupan melalui perniagaan..

Semoga menjadi perkongsian yang bermanfaat,
Diana Ahmad

Leave a Reply