Masalah kewangan

perniagaan-ringgit-malaysiaWang merupakan benda yang paling sukar untuk diuruskan jika anda daripada kecil sehinggalah dewasa tidak pernah diajar bagaimana menguruskan wang dengan betul.

Perkara yang sama terjadi dengan saya. Walaupun mempunyai pekerjaan yang baik, namun sentiasa kehabisan wang sebelum pertengahan bulan. Memang benar anda menggunakan wang gaji anda untuk membuat bayaran sewa rumah, bil letrik, kereta, pinjaman bank dan sebagainya namun jika dibiarkan cara pengurusan wang yang tidak bijak, kedudukan kewangan kita bukan sahaja tidak stabil tetapi dari sehari ke sehari semakin parah.

Jika berhutang dengan along pula, wang anda habis digunakan untuk membayar interest sahaja.

So, apa yang anda perlu lakukan?

Belajar mengurus kewangan dengan betul dan pada masa yang sama berusaha mencari pekerjaan sampingan yang akan menambah pendapatan anda. sekurang- kurangnya, hasil pekerjaan sampingan tersebut akan membantu anda membayar utilities bill dan sebagainya.

Saya ada seorang kawan yang bekerja dengan syarikat swasta pada siang hari dan pada malam hari pula menjual burger di tepi jalan. Jika kawan saya ni tak turun sendiri menjual burger, dia akan utilize anak buahnya untuk membantu pula. Sambil menjana side income beliau juga membantu anak buahnya mendapatkan sedikit wang belanja sekolah.

Bagaimana nak mengurus kewangan? anda bolehlah tanya uncle google 🙂 ada banyak tips kat internet ni. Pada masa yang sama carilah dan laksanakan idea- idea bisnes sampingan jika anda masih terikat bekerja dengan orang lain pada masa ini.

1 Comment

Leave a Reply