Gunakan blog sebagai media pemasaran

, , ,

Ramai orang menganggap bahawa agak mustahil menjana kewangan melalui pemasaran internet tetapi sebenarnya sangat mudah jika anda tahu caranya. Salah satu cara yang paling berkesan adalah mengggunakan blog sebagai media pemasaran.

Bagaimana blog merupakan media pemasaran yang berkesan?

Sebabnya blog adalah tempat dimana anda mencurahkan segala idea- idea perniagaan, panduan perniagaan atau tips- tips kesihatan bergantung pada minat anda. Dan melalui blog ini lah anda mempunyai peluang untuk menarik perhatian pelawat- pelawat blog anda untuk terus datang dan membaca post terbaru anda. Ini adalah secara ideal.

Ok mungkin anda dah post banyak artikel dekat blog anda tetapi tak ramai pelawat yang mengunjungi blog anda sebabnya SEO anda tak berapa cun! tak power! so bermakna blog anda taklah berkesan sangat untuk pemasaran kan..?

Jangan bimbang..

Dengan adanya blog anda, anda boleh gunakan google adwords sebagai kelebihan anda. Ini kerana google adwords suka akan blog atau laman web yang mempunyai artikel original. Tak kisah lah penulisan anda cantik atau hodoh.. google adwords akan sukakan keaslian anda!

Oleh itu, gunakan google adwords untuk iklankan artikel yang berkaitan rapat dengan produk yang anda jual! Malah dalam post blog anda juga bolehlah diletakkan post jualan anda.

Pada saya.. untuk tulis artikel dalam blog anda tak perlu terlalu menyusun ayat. Tak kisah anda nak tulis macam mana.. yang penting anda muatkan artikel dalam blog anda.

Sekian dulu tips pemasaran blog buat masa ini tetapi saya akan kembali lagi dengan panduan- panduan pemasaran blog yang lebih advance pada masa terdekat ni.

Teruskan usaha.. cayo- cayo!!

 

 

Leave a Reply