4 cara untuk unlock kuasa minda anda

,

Minda manusia adalah seperti supercomputer. Tetapi untuk unlock kuasa minda, anda perlu maximize dan utilize penggunaan minda anda ke tahap peformance yang lebih tinggi. Jika selama ini anda tak sedar bahawa jika anda menggunakan minda anda sepenuhnya anda mampu mengubah hidup anda. Masalahnya adalah kita sendiri yang membataskan fikiran sendiri. So, bagaimana nak unlock kuasa minda anda? disini saya kongsikan 4 cara.

1. Tukar apa yang anda percaya.

Ramai orang tak percaya yang mereka boleh belajar cepat, kuasai pengetahuan dan menjadi bijak. Kita terlalu taksub dengan kepercayaan bahawa kita memang tak bijak. Sudah tentu kita tak akan mencapai apa-apa kecuali bergantung dengan keadaan dan nasib yang mungkin akan mengubah hidup kita menjadi lebih baik.

Oleh itu, ubah fikiran anda. Ia bergantung 100% dengan diri anda sendiri untuk mengubah minda anda. Cari information atau sesi motivasi yang mendorong anda untuk mengubah keyakinan bahawa anda mempunyai kapasiti belajar dan menjadi lebih bijak dalam bidang anda.

2. Dapatkan pengetahuan yang betul

Kenapa anda tak belajar sebab anda tak minat atau anda takde akses untuk dapatkan pengetahuan. Pengetahuan datang daripada pengalaman, buku atau daripada orang lain. Anda mesti dapatkan akses untuk dapatkan pengetahuan tersebut. Baca lebih banyak buku, belajar daripada mentor- mentor dan aplikasi pengetahuan tersebut dalam hidup anda secara praktikal.

3. Menjadi lebih minat kepada pembelajaran

Sesetengah orang tak suka belajar. Samada mereka malas atau mereka tidak melihat impak positif pembelajaran terhadap diri mereka. Oleh itu, tanamkan minat yang lebih dalam untuk belajar.

Contohnya anda belajar tentang konsep kewangan yang akan membantu anda menjana lebih banyak pendapatan atau untuk melepaskan diri anda daripada belenggu hutang. Anda akan lebih bersemangat! Atau anda ingin memperbaiki hubungan dalam keluarga dengan cara yang lebih sihat, maka ini akan memberi anda inspirasi untuk belajar pengetahuan tersebut. Bila anda belajar, anda akan unlock kuasa minda anda!

4. Disiplin diri anda untuk berusaha keras dalam mendalami pengetahuan.

Untuk mendapatkan pengetahuan, ia memerlukan seumur hidup dan kerja keras untuk belajar. Proses untuk belajar ambil masa yang lama. Anda boleh percepatkan tetapi anda masih perlu masa untuk membaca, mendengar, review, ulangkaji dan aplikasi pengetahuan tersebut. Jadi, bila dah ada experience maka anda perlu pula re-adjust jika perlu. Belajar akan mengambil masa tetapi jika anda disiplin diri anda, anda akan mendapat pengetahuan, pengalaman dan seterusnya unlock minda anda.

Belajar terbuka kepada semua tanpa mengira umur. Minda anda dicipta untuk belajar dan mempunyai kapasiti untuk menyimpan pengetahuan yang banyak. Buatlah komitmen untuk unlock kuasa minda anda hari ini!

Semoga menjadi perkongsian yang bermanfaat!

by

Leave a Reply